Oleh : Wan Nooraziezan

Bangi, 11 Mei – Selang beberapa hari selepas selesai usaha pembersihan rumah akibat banjir, penduduk Sungai Tangkas telah dilanda banjir buat kali kedua sehingga menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk berikutan hujan lebat jam 4 petang hari ini.

Berikutan banjir kali ini,  seramai 21 orang penduduk yang terdiri daripada 4 buah keluarga telah berpindah ke kawasan pemindahan banjir di Balairaya Sungai Tangkas. Manakala 7 keluarga lagi menumpang di rumah sanak-saudara.

Hujan lebat berterusan itu dilaporkan berlaku selama sejam sehingga menyebabkan banjir.

IMG-20160511-WA0084

Menurut Norita, 45, air telah naik dengan cepat sehingga mencecah paras pinggang.

“Hujan lebat lepas Asar. Setengah jam selepas itu, air naik paras pinggang dan surut semula lebih kurang jam 7 malam tadi”.

“Bila hujan turun, kami memang akan bimbang. Takut. Jadi, kami perlu  sentiasa berwaspada”, ujar Noraini, 26 yang juga merupakan mangsa banjir tersebut.

IMG-20160512-WA0012IMG-20160511-WA0103

Kelihatan ADUN Bangi, YB Ust Shafie Ngah, Ahli Majlis MPKj (AM) Zon 22, Puan Hamsatul Azura, AM Zon 23, En Husni Manan dan Ketua Pemuda PAS Serdang, Saudara Rosli Jusoh telah hadir melawat mangsa di Balairaya Sungai Tangkas tengah malam tadi.

Selain itu, anggota Jabatan Amal juga telah mula melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan setempat.