Oleh: jurjani90

Bangi, 8 Mei 2016- Khidmat serta keprihatinan pasukan Jabatan Amal Serdang terhadap musibah yang melanda penduduk kampung Sungai Tangkas sangat dihargai. Lebih dari 20 orang ahli Jabatan Amal Serdang telah turun membantu meringankan beban penduduk Sungai Tangkas.

Misi membersihkan rumah mangsa banjir bermula seawal jam 9 pagi dengan taklimat dari Ketua Kampung Sungai Tangkas sendiri, Abd Hadi Husin.

IMG_20160508_093213

Ekoran hujan lebat selama hampir dua jam, beberapa sungai di kawasan Bangi telah melimpah. Antara kawasan yang terjejas adalah perkampungan Sungai Tangkas.

Sebanyak 16 buah rumah telah dimasuki air, manakala 8 daripadanya teruk ditenggelami air.

 

Dalam pada itu, sebuah keluarga turut berkongsi kesedihan mereka bilamana persiapan kenduri kahwin untuk adik iparnya telah terjejas dengan banjir ini.

Pasukan Jabatan Amal Serdang mendoakan moga kesemua mangsa banjir di Sungai Tangkas tabah dengan ujian ini. Mudah-mudahan Allah SWT menggantikan musibah ini dengan gantian lebih baik, yakni pengampunan serta syurga-Nya.

Misi membersihkan rumah diteruskan sehingga menjelang petang. Di peringkat jawatankuasa kampung,  menyatakan rasa berterima kasih serta syabas kepada semua ahli Jabatan Amal Serdang kerana telah bertungkus-lumus membantu penduduk kampung Sungai Tangkas.

Advertisements