Pasca PRU14 memperlihat pro dan cons apabila tampuk kepimpinan telah berubah arus.

Sudut positifnya, rakyat telah berani membuang kepercayaan bahawa hanya satu parti sahaja yang mampu mentadbir negara.

Sudut negatifnya pula, apabila komponen PH yang di dominasi oleh DAP dan di dokong oleh parti Amanah, maka berlaku negosasi berterusan bahkan dilihat khalayak bahawa beberapa banyak tuntutan DAP telah berjaya diperolehi oleh mereka seperti perlantikan ketua negara, menteri kewangan, peguam negara dll.

Lebih meresahkan rakyat, apabila pasca PRU14 yang belum genap 100 hari, rakyat dikejutkan dengan pelbagai berita yang meresahkan terutama berkaitan:

1. Kedaulatan negara,

2. Institusi Agama Islam, seperti IKSIM, pusat Tahfiz dll,

3. Gerakan songsang seperti lgbt, syiah, ahmadiyah, G25, Sisters in Islam, Gerakan Murtad, Gerakan Kritianisasi,Evangalist etc,

3. Institusi Istana dan Raja2

4. Hak keistimewaan bumiputra dan Melayu.

4 perkara diatas menjadi asas keresahan rakyat.

Meskipun begitu, kita melihat ada hikmah disebalik semua yang berlaku diatas.

Kerana sudah ramai pihak yang mula membuka mata dan mulut mereka menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang sedang berlaku.

Ya, wajar bimbang.

Rakyat jelata, cendikiawan, non partisan bahkan golongan istana sudah mula terjaga dan bercakap terhadap ancaman baru yang di slogankan Malaysia for Malaysian yang di jelmakan dalam bentuk Malaysia Baru.

Malaysia baru bermaksud, semua rakyat Malaysia adalah sama dari semua sudut.

A. Semua agama sama taraf. Islam dan lain lain agama adalah sama.

B. Semua fahaman mendapat hak masing-masing, LGBT, Liberal, Sekular,Syiah etc.

C. Semua rakyat sama taraf, tidak kira bumiputra atau non.

D. Semua rakyat di setiap lapisan, berada pada kedudukan yang seakan sama, rakyat jelata dan institusi istana tidak boleh dijurangkan. (ini idea republic, reform dari sistem monarki beraja)

Atas faktor inilah, banyak pihak telah terkejut dari lamunan dan menggerakkan usaha kesedaran melalui pelbagai seminar, forum,wacana dan lain lain.

Buktinya, lihatlah tajuk tajuk seminar tersebut, semua berkisar kedaulatan negara, perkukuhkan institusi Raja-raja dan agama, bahaya ancama Liberal, LGBT dan sekular.

Itulah hikmah besar dari apa yang berlaku. We believe that the future of this beloved country is for Islam.

Penjajahan baru adalah dalam bentuk pemikiran dan penguasaan non Muslim terhadap perundangan dan politik Malaysia.

Justeru bersempena dengan bulan Merdeka ini, marilah sama-sama kita memikirkan kembali apa untung rugi umat Islam apabila berpecah belah sesama sendiri.

وعتصموا بحبل الله جميعا

Berpeganglah kamu dengan agama Allah semuanya..

Sila rujuk:

1. http://m.utusan.com.my/rencana/utama/fahami-kedaulatan-raja-1.648518

2. https://www.facebook.com/kelantantv/videos/2515070528506857/

3. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/06/sultan-nazrin-tiada-kompromi-perkara-asas-perlembagaan/

4.http://www.kosmo.com.my/terkini/sultan-nazrin-titah-pertahankan-hak-melayu-bumiputera-1.723769

5. https://m.malaysiakini.com/news/413327

6.http://m.utusan.com.my/rencana/utama/bahaya-iktiraf-hak-lgbt-1.594629

7. http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7458-iksim-bukan-ghanimah-untuk-direbut-politikus

8.http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kerajaan-kaji-teruskan-atau-bubar-iksim-1.858052

9.http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/07/ahmadiah-bukan-islam-mahkamah-syariah-tiada-kuasa-kata-mujahid/

10.https://en.m.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Malaysia

Sekian,

Abu Zaim

8/8/18

Advertisements