Oleh : Aisyah Yamin

Kajang, 11 Mei 2016 –  Sebanyak 27 buah rumah di Jalan TBM 28, Taman Bukit Mewah telah mengalami kerosakan teruk kesan daripada kejadian ribut pada Sabtu, 7 Mei yang lalu.

Ribut yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu telah menyebabkan sebahagian bumbung dan dinding rumah penduduk diterbangkan angin kuat.

IMG-20160512-WA0072

ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah dan Ahli Majlis MPKJ (AM) Zon 22, Puan Hamsazatul Azura telah turun untuk meninjau kesan bencana yang menimpa penduduk berkenaan.

YB Ustaz Shafie Ngah berkesempatan melawat dan melihat sendiri keadaan  rumah mangsa yang terlibat.

IMG-20160512-WA0074

Beliau berharap agar penduduk bersabar dengan ujian yang menimpa.

“Kami harap agar penduduk bersabar dan tabah menghadapi musibah ini.”

Para penduduk turut melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kehadiran pemimpin masyarakat berkenaan. Ia menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kesusahan dan penderitaan rakyat.

IMG-20160512-WA0071

Advertisements