BANGI – Usrah merupakan tunjang tarbiyyah. Pembinaan usrah mampu melahirkan ahli yang faham asas dan erti perjuangan.

Namun, pendekatan usrah yang pelbagai dan bukan hanya berada dalam bulatan semata-mata dapat menjadikan ahli usrah semakin suka untuk hadir ke usrah.

Hari ini, Muslimat PAS Kawasan Serdang Cawangan Teras Jernang telah mengambil pendekatan berbeza apabila usrah minggu ini diadakan dengan aktiviti belajar membuat roti.

Aktiviti ini telah dibuat di Markaz PAS Teras Jernang bermula jam 8.30 pagi.

Pelbagai jenis roti telah dibuat seperti cinamon roll, roti boy, mini pizza dan chicken floss bun.

Kebanyakan ahli usrah melahirkan rasa gembira dan bahagia apabila mampu menghasilkan roti buatan sendiri. Kebanyakan mereka ingin membuat roti tersebut untuk santapan keluarga masing-masing.