Oleh : Wan Nooraziezan

Bangi, 7 Mei 2016 – Ekoran hujan lebat yang berlaku petang semalam, sebanyak 16 buah rumah  di Sungai Tangkas telah dilanda banjir. 8 buah terjejas teruk kerana ditenggelami air sedalam 6 kaki.

Banyak kerosakan yang melibatkan seluruh kelengkapan rumah, buku dan peralatan sekolah, kenderaan dan keperluan asas telah dilaporkan.

Sehubungan itu, satu lawatan telah dilakukan oleh Ahli Majlis  MPKj Zon 22, Puan Hamsatul Azura merangkap Ketua Muslimat PAS Kawasan Serdang malam semalam.

Beliau menyeru orang ramai untuk menghulur sumbangan dalam pelbagai cara bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan banjir.

“Saya harap kita semua boleh bantu apa yang saja yang kita mampu samaada kewangan, barangan atau tenaga”.

Sumbangan berbentuk barang keperluan boleh dihantar ke Balairaya Kampung SungaiTangkas. Manakala, sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Islamic Dewan Muslimat Kawasan Serdang 562834611259 dengan memaklumkan Bendahari Dmpks Pn Affiza di talian 0192994542.

Kebanyakan mangsa menumpang di rumah jiran, saudara dan kenalan buat sementara waktu.