Oleh : Wan Nooraziezan

Bangi – Seramai lebih dari 30 orang ahli PAS kawasan Serdang telah hadir ke Sebuyau bagi membantu Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk rakyat Sebuyau seperti wayang pacak, futsal, sukaneka, gunting rambut, Smart Solat, reruai pemeriksaan kesihatan percuma dan reruai darussyifa di samping aktiviti ziarah medic.

Aktivi-aktiviti yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua lapisan masyarakat Sebuyau.

Malah, kehadiran mereka bukan hanya memperkenalkan Parti PAS tetapi turut menonjolkan keindahan Islam.

“Saya harap PAS boleh menang di Sebuyau. Kami ingin belajar Islam dengan lebih mendalam”, ujar salah seorang penduduk Sebuyau yang ditemui pemberita.

Advertisements