oleh : Shehdi Hazrik

19 Mac, Bangi – Bertempat di Kg Sg Ramal Dalam, Bangi dan Apartment Sua Kasih Balakong, Pemuda PAS Serdang menyantuni pelbagai lapisan masyarakat dalam program kebajikan “A Day For Charity”.

Program ini adalah sebahagian kempen Gelombang Hijau atau “Green4U Selangor Sejahtera” yang dilancarkan Pemuda PAS Negeri Selangor awal bulan ini seterusnya menyaksikan komitmen pemuda dalam membina negara “berkebajikan” berterusan kepada rakyat.

Pendekatan ini menggambarkan PAS bersedia untuk memerintah Negeri Selangor dalam menerajui kebajikan rakyat serta membina keyakinan bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna dan lebih baik daripada sistem dan ideologi lain seperti sosialis, kapitalis, komunis dan sebagainya.

Menurut Ketua Pemuda Kawasan Serdang, Rosli Jusoh, Pemuda PAS tidak kekok dalam melaksanakan misi ini kerana kita sering melakukannya terutama misi-misi bantuan makanan dan tenaga kerja anggota Jabatan Amal Malaysia ke kawasan bencana dan sebagainya.

“Kebajikan dan Pemuda PAS berpisah tiada” kata beliau lagi seterusnya merasmikan program pagi semalam dihadapan 50 penerima bantuan. Selain bantuan makanan yang diberikan kepada asnaf, Pemuda PAS turut membuka kaunter pemeriksaan kesihatan oleh Amal Medik dan perubatan Syifa.

Advertisements