BTHO, 4 Mac 2018 – Mesyuarat Agung PAS Kawasan Serdang Kali ke-34 telah dipanaskan dengan cadangan yang dikemukakan Exco Pemuda PAS Serdang, Saudara Khairul Nadzir bin Helmi Azhar agar setiap ahli PAS disetiap Cawangan mempamerkan bendera PAS sekiranya terdapat program ADUN ditempat mereka.

“Saya mengajak semua ahli cawangan memacak bendera PAS sepanjang jalan bagi setiap program yang di buat oleh ADUN PAS.

Ini penting untuk mengizzahkan parti ini kepada rakyat dan memberi gambaran bahawa ADUN PAS melakukan banyak program yang mempunyai kebaikan kepada rakyat bukan hanya program politik semata.”

Exco pemuda ini berharap agar semua ahli PAS dapat membekukan cuti masing-masing sehingga tarikh pilihanraya diumumkan.

Beliau mencadangkan agar setiap ahli PAS Kawasan Serdang hanya mengambil cuti untuk membuat gerak kerja pilihanraya pada waktu kritikan sebelum hari mengundi.

Selain itu, Saudara Nadzir juga mewajibkan perwakilan dan ahli PAS untuk melakukan 2 perkara wajib iaitu mengambil masa 2 jam sehari untuk menyumbang kepada parti dan mewajibkan exco peringkat kawasan, pemuda dan muslimat untuk turun ke munajat yang dilakukan secara berkala di setiap JPRU.

Manakala setiap individu ahli PAS perlu melakukan munajat paling kurang 2 kali seminggu.

Cadangan yang dikemukakan pemuda ini telah mendapat respon positif majoriti perwakilan dan pemerhati muktamar

Advertisements