Oleh: Ir. Hadi B Amat

Sekian lama semenjak penubuhan PAS didokong oleh tiga golongan utama iaitu Aktivis, Ulama’ dan profesional. Golongan inilah yang telah membina PAS sedari ia bertatih sehingga ia menjadi parti yang berkeupayaan seperti pemerintah. Selama 67 tahun 3 golongan ini bergandingan tangan atas dasar memperjuang dan mempertahan kesucian Islam. Ulama’ sebagai sumber rujukan dalam menentukan dasar, kemudian penyatuan idea tiga golongan ini merangka halatuju dan gerak kerja dengan ilmu dan pengalaman bekerja dilapangan masing-masing dan akhirnya ketiga-tiga golongan ini seiring dalam menggerakkan parti dan masyarakat untuk sama-sama berperanan mempersada Islam.

Sebab itu PAS tidak kekok dalam menggunakan istilah-istilah terkini dalam perancangan dan pengurusan seperti ‘strategic planning’, ‘scorecard’, ‘key performance indicator’, ‘strategic positioning’ serta menggunapakai tools pengurusan yang ada seperti ‘gap analysis’, ‘impact analysis’, blue ocean strategy dan pelbagai lagi tools yang mempermudahkan perancangan dan pengurusan parti seterusnya mengatur gerak kerja yang lebih efektif dan efisyen.

Semua kaedah dan tools pengurusan ini menjadi silibus kepada anak muda ahli dan pendokong PAS melalui sayap latihan dan pembinaan kompetensi kepimpinan iaitu Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) di bawah Dewan Pemuda PAS. Mereka bukan sahaja diajar tentang pengurusan organisasi, malah mereka juga dilatih untuk memimpin diri sendiri, menjadi Muslim cemerlang dan menjadi pemimpin dalam masyarakat. Perkara ini amat penting dalam memastikan kesinambungan kepimpinan dan seterusnya manifestasi usaha Dewan Pemuda PAS sebagai parti yang membekalkan kepimpinan yang kompeten, berketrampilan, efektif dan berwawasan.

Sebenarnya 3 golongan ini sudahpun menyatu dan berasimilasi dalam PAS dengan kesatuan fikiran dan tindakan kerana adanya kefahaman yang mantap hasil tarbiyah para ulama’, tahap disiplin berorganisasi yang tinggi kerana adanya program pembinaan manusiawi yang tersusun di bantu para profesional serta perlaksanaan gerak kerja yang mengakar kepada masyarakat kerana adanya penglibatan aktivis peringkat akar umbi. Semuanya bekerja mendaulat dan memenangkan Islam dan membawa Malaysia kearah kesejahteraan dan kerahmatan.

Di dalam Dewan Pemuda PAS, para profesional dikumpulkan di dalam Jabatan Profesional Muda (JPro). Jabatan ini menawarkan platform untuk golongan profesional muda mendapat khidmat nasihat daripada para profesional berkenaan bagaimana mereka boleh cemerlang dalam karier seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Aktiviti terdekat akan dijalankan pada hari esok (21/1/2018) adalah Engineering Professional Talk 3.0 yang akan membincangkan tentang Industrial Revolution 4.0 dan How to Become World Class Engineer. Program ini mendapat pengiktirafan dari BEM dan para jurutera yang hadir boleh mendapat mata kredit dengan kehadiran mereka ke program ini.

Kesimpulannya, para profesional yang semakin ramai didalam PAS dan yang memberi sokongan kepada Islam sedia untuk menggalas peranan dalam membangun negara melalui kerangka kerajaan teknokrat yang digagaskan oleh Tuan Guru Haji Hadi.

#CreateABetterMalaysia
#ProfesionalIstiqamah
#UP Uniting Professionals
#IslamPenyelesaian

Advertisements