BANGI – ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah telah mengajak rakyat untuk meningkatkan kualiti solat agar perkara keji dan mungkar dapat dicegah daripada berlaku.

Beliau turut mengingatkan semua supaya berhati-hati dengan ancaman yang mengelirukan aqidah ummat Islam ketika berucap dalam merasmikan program Sempurnakah Solat Kita? pada 29 Oktober yang lepas.

Program yang diadakan di Surau AlMujahidin Taman Desa Surada ini merupakan anjuran Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Serdang dengan kerjasama Biro Wanita surau berkenaan.

Program yang dihadiri lebih 100 orang peserta ini bertujuan untuk menambahkan ilmu dan kefahaman masyarakat dalam memperbaik mutu solat terutama dalam kalangan muslimat.

Sambutan yang menggalakkan ini telah menunjukkan bahawa para asatizah PAS sangat disenangi dan diterima masyarakat, malah mereka menjadi tempat rujukan dalam pelbagai perkara.

 

 

Advertisements