Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin

BALAKONG – Bersempena moto “Bakti Untuk Semua”, PAS Serdang telah mengorak langkah menganjurkan Program Semarak Hijau di DUN Balakong untuk menyantuni rakyat disana.

Pelbagai aktiviti disusun antaranya program ziarah rakyat kurang berkemampuan dan pemimpin masyarakat setempat telah diadakan.

Lebih 100 buah rumah yang terdiri daripada pelbagai kaum telah diziarahi penggerak PAS Kawasan terutama JPrU Balakong Jaya.

Dalam aktiviti ziarah tersebut, PAS telah berjaya mendaftar pengundi baru untuk Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Selain itu, aktiviti berbentuk penjagaan kesihatan seperti pemeriksaan mata, rawatan kesihatan dan khidmat Darul Syifa’ turut dijalankan.

PAS Kawasan Serdang merakamkan ucapan terima kasih kepada JPrU Balakong Jaya, semua ahli PAS, Pengerusi dan AJK Surau Al Iman, para pembekal dan penaja yang menyumbang untuk menjayakan Program Semarak Hijau di DUN Balakong.

Advertisements