Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin

BANGI – Selain menggiatkan program kebajikan untuk membantu rakyat, PAS Serdang turut mengambil inisiatif memberi ilmu kemahiran terutama golongan wanita untuk menambah pendapatan keluarga.

Sehubungan itu, satu bengkel menjahit kurung moden telah dianjurkan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Balairaya Kampung Bahagia Bangi.

Bengkel ini telah mensasarkan matlamat agar para peserta dapat menyiapkan baju kurung moden dengan jayanya apabila tamat bengkel berkenaan.

Sebanyak 4 siri bengkel telah diadakan dalam masa sebulan dan majlis penutupannya telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Serdang merangkap ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah.

Turut hadir Ketua Muslimat PAS Serdang Puan Hamsatul Hamzah yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) zon 22 dan Ketua Kampung Bahagia.

 

Advertisements