Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin

BANGI – Satu Karnival Wanita Berilmu Dan Sihat Serdang telah diadakan di Masjid Al Ikhwaniah Cheras Utama pada 21 Oktober yang lepas.

Program anjuran HALWA DUN Balakong dengan kerjasama MAKNA dan Masjid Al Ikhwaniah Taman Cheras Utama ini telah dirasmikan oleh Puan Hamsatul Hamzah, Ahli Majlis MPKj merangkap Pengerusi Halwa Serdang.

Menurut beliau, program ini dianjurkan bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW berkenaan ketinggian martabat wanita solehah.

“Rasulullah SAW meletakkan martabat yang tinggi bagi wanita solehah. Cuma, skop wanita solehah harus diperluaskan. Ia bukan semata-mata mentaati Allah, Rasulullah dan suami, tetapi juga meliputi ilmu penjagaan diri dan kesihatan.

Wanita yang berilmu, mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan sihat mental dan fizikal dapat menjamin keluarga bahagia”.

Program ini merupakan program pertama yang membawa treler dari MAKNA ke DUN Balakong untuk pemeriksaan mammogram secara percuma.

Selain itu, ceramah kesihatan oleh wakil MAKNA, Cik Habibah dan pengisian PU Amin turut diadakan oleh pihak penganjur.

Kebanyakan peserta yang hadir melahirkan rasa gembira dengan kemudahan kesihatan dan pengisian yang diberikan.

 

 

 

Advertisements