Oleh : Muaz Hamid

28 Okt 2017, Balakong – Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Serdang yang sebelum ini kerap diadakan di Bangi, buat julung kalinya tahun ini telah diadakan di DUN Balakong.

Kejohanan tahunan yang pertama kali dibuat di Balakong ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan sebanyak 21 pasukan terdiri dari anak muda kawasan DUN Balakong khususnya, dan juga di Dun Bangi.

Program anjuran Jabatan Kesenian, Sukan dan Kebudayaan Pemuda PAS ini dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang, Hj. Syahir Sulaiman, sekaligus beliau merasmikan Kejohanan Futsal Piala KP 2017.

Manakala upacara penutup Kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang, Saudara Rosli Jusoh, seterusnya beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Juara keseluruhan telah dimenangi oleh pasukan Zul FC, manakala naib johan disandang oleh pasukan Al Hidayah FC dan manakala tempat ketiga pula dari pasukan GS FT.

Secara keseluruhan program sangat memuaskan dan mendapat kerjasama yang baik dari Jawatankuasa Pemuda PAS Serdang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Balakong.

Advertisements