Assalamualaikum wbt

Hari ini 16 Julai, Ahad bermula jam 8 pagi lagi persiapan jawatankuasa dan JPrU di tapak Rumah Terbuka Eidulfitri ADUN Bangi dan PAS Kawasan Serdang dijalankan sehinggalah berlangsungnya program rumah terbuka Eidulfitri.

Kehadiran menunjukkan ‘mood’ pilihanraya semakin dekat dengan kehadiran menunjukkan sokongan rakyat terhadap PAS tidak luntur bahkan semakin mantap! Walaupun jadual patutnya bermula jam 11.30 pagi hingga 3 petang, namun seawal jam 10.30 pagi rakyat telah berpusu datang sehingga menyebabkan menu juadah ‘susut’ begitu cepat, jam 1.30 ptg sudah 90% habis (Sasaran menu adalah untuk 10,000 orang!).

Pihak sekretariat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan dan kelancaran program rumah terbuka Eidulfitri ADUN Bangi dan PAS Kawasan Serdang 2017. Kepada JPrU Seksyen 4 selaku tuan rumah (kalian memang ‘power’, JPrU-JPrU (kalian terbaik), Pemuda dan Unit Amal (kalian perwira), muslimat (kalian suri terbaik) serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Walaupun diri ini tak sempat jamah makanan, hanya sekeping roti canai, namun puas! Kalian semua memang terbaik. Rapatkan ukhuwwah dan saf menuju cita. sejahtera bersama Islam.

Haji Shahronizam bin Noordin
Pengarah Program Rumah Terbuka Eidulfitri PAS Kawasan Serdang.

 

Advertisements