Oleh : Mohd Idris Mohd Yussoff
Lajnah Penerangan DPPK Serdang

23 Julai, Bangi – Golongan belia di Bangi terus diberi perhatian oleh Adun Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah, dan terbaru beliau telah meluangkan masa bersama golongan belia Teras Jernang di Padang Awam Taman Desa Sentosa petang tadi. Belia menjadi perhatian masyarakat kerana masa depan masyarakat dan negara terletak di bahu mereka.

Dalam pertemuan santai itu, YB Ustaz Shafie Ngah yang juga YDP PAS Kawasan Serdang turut menyampaikan bantuan peralatan sukan bagi menggalakkan golongan tersebut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat. Sumbangan peralatan sukan tersebut merupakan sumbangan dari dari Pejabat Adun Bangi dan antara peralatan yang disumbangkan adalah seperti bola sepak, bola sepak takraw, jarring dan lain-lain lagi.

Menurut YB Shafie, masyarakat tidak boleh berterusan menyalahkan golongan belia semata-mata apabila membaca pelbagai berita masalah sosial yang melibatkan mereka. Tambah beliau, kita perlu tampil membantu, memberi sokongan dan menyediakan alternatif untuk mereka.

Zulkiflee Hamat, pengurus Amal Junior FC, yang menguruskan kelab bola sepak di kalangan remaja di sini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Ustaz Shafie Ngah atas sumbangan dan perhatian terhadap akitviti belia Teras Jernang. Sumbangan tersebut menurut beliau dapat membantu golongan remaja dan belia di sekitar dalam aktiviti riadhah yang bermanfaat.

Menjadi harapan pemuda dan belia Bangi agar persatuan-persatuan atau pertubuhan yang melibatkan golongan belia dapat terus aktif dan bergandingan bersama Pejabat Adun Bangi bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membina belia harapan Bangi dan Malaysia amnya.

 

Advertisements