Oleh: Muhammad Faiz Mukmin

16 Jun 2017, Bangi – Jentera Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang sedia hadapi Pilihanraya Umum bila-bila masa sahaja, dan ia dizahirkan dalam satu Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Serdang jumaat lepas di Markas PAS Kawasan Serdang.

Pelancaran Jentera tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Labib Abd Jalil, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor. Dalam ucapan beliau Pemuda Negeri meletakkan harapan tinggi kepada Serdang dalam mengerakkan pelbagai program ke arah Pilihanraya.
Majlis pelancaran ini diadakan sekali dengan program Tarbiyah, Kebajikan dan Penerangan seperti Edaran Juadah Berbuka Puasa, Edaran Risalah penerangan Dokumen Hijau, iftar dan munajat Pemuda Serdang.

Stesen Komuter UKM menjadi tempat Program edaran Juadah berbuka puasa dan Risalah Penerangan, dan kelihatan Para pemuda PAS Serdang bersemangat dan bertenaga dalam menyantuni pengguna pengangkutan awam tersebut.

Berkat bulan Ramadhan ini Pemuda PAS Serdang terus memperkuatkan diri dalam aktiviti kerohanian dengan bacaan Ma’thurat, Iftar, Solat Maghrib, Isyak, tarawih, tazkirah sebelum majlis pelancaran Jentera Pilihanraya PAS.

Para Pemuda PAS tekad untuk meneruskan agenda parti khususnya bagi menghadapi PRU 14 nanti. Program satu hari tersebut berakhir dengan qiamullail, sahur, solat dan Kuliyah Subuh.

รεε૨µ αℓα ɓα૨αҡαƭเℓℓαɦ

 

Advertisements