oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

18 Jun 2017 – Program Penyampaian Sumbangan Ramadhan PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota bagi persiapan menyambut syawal seperti biasa tahun ini menyantuni lebih 50 golongan kurang bernasib baik di sekitar Bandar Bukit Mahkota.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini diadakan di hadapan Pasti Ar-Raihan 2 yang juga merupakan Markas PAS Cawangan di sini bermula dengan pendaftaran dan bacaan doa serta tazkirah ringkas dan ucapan oleh Ketua Cawangan Encik Zulkifli Ambak, Ketua Pemuda Cawangan Dr Nizar Manan, Naib Yang Di Pertua Tuan Hj Hasan Ali mewakili PAS Kawasan Serdang dan Ahli Majlis MPKJ Zon 24 Tuan Hj Ahmad Yusof.

Penyampaian Sumbangan pertama di adakan terus kepada penerima dari penduduk Seksyen 4 dan seterusnya Konvoi Ziarah ke Seksyen 5, 3 dan 2 dengan mengunakan kereta dan beberapa motorsikal. Turut sama anak-anak Kadet dan Tunas Kadet Briged Amal Malaysia cawangan BBM.

PAS Cawangan mendoakan kepada semua yang menerima pelbagai ujian dari Allah agar terus tabah dan bersabar atas ujian yang diberikan. Sesungguhnya Allah tidak menguji umatnya diluar keupayaan mereka sendiri. Moga mendapat ganjaran atas kesabaran dan dihapuskan segala dosa.

Selamat meneruskan ibadah di baki hari-hari Ramadhan ini dan bergembiralah menjelang Aidilfitri nanti. Seeru ala barakatillah.

 

Advertisements