Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

11 Jun 2017, Bangi – Ahli Alternatif Riding Club atau ARC Serdang sebuah Kelab Motorsikal di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang hari ini bergotong royong mengadakan program memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadhan ini.

Program yang dijalankan di Tapak Pasar Malam Seksyen 16, bersebelahan stesen Shell ini telah menarik minat anak muda bermotor besar dan kecil untuk bersama menghayati ibadah sedekah dengan memberi makan kepada umat Islam yang akan berbuka puasa sebagaimana maksud Hadis Nabi yang bermaksud:
“Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu” Riwayat Al-Tirmizi.

Lebih kurang 10 orang Ahli ARC membantu menyediakan bubur lambuk yang diketuai oleh Tuan Syed Mohammad atau lebih dikenali Pak Syed oleh anak muda Bangi dan jumlah mereka yang turun membantu bertambah menjelang petang dalam program agihan Bubur Lambuk ARC Power menurut Ketua ARC mereka Ustaz Fazdi.

Agihan telah dibuat di Balai Polis, Balai Bomba Bandar Baru Bangi, Balai Polis Kajang, Hospital Pakar Azzahrah dan Hospital Pakar Annur Bangi.

YB Ustaz Shafie Ngah yang juga YDP PAS Kawasan Serdang turut mengiringi proses agihan bersama Ketua ARC Negeri Selangor Sdr Hafiz Rois dan sebahagian Exco Dewan Pemuda PAS Serdang.

 

Advertisements