Oleh : Muhammad Faiz Mukmin

Bangi, 11 Jun 2017 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang telah berjaya mengadakan satu program “Singgah Sahur” dengan menyampaikan makanan sahur kepada kakitangan agensi kerajaan yang berkhidmat 24 jam di sekitar Serdang semalam.

Program yang dijalankan seawal 4 pagi ini telah berjaya menarik minat anak muda untuk turut sama dalam program meraikan amalan bersahur dan mengejar pahala amal di bulan yang mulia ini.

Edaran juadah sahur telah bergerak di beberapa tempat seperti Unit Kecemasan Hospital Serdang, Balai Polis Bangi dan Balai Bomba Bangi.

Program yang bermula di Markas PAS Kawasan Serdang yang terletak di Bangi ini berakhir dengan solat subuh berjemaah di markas tersebut.

Menurut pihak penganjur program ini telah berjaya mencapai objektif bagi menghayati tugas menyantuni masyarakat khususnya penjawat awam yang setia berjaga di malam hari demi ketenteraman awam yang lain.

Advertisements