BANGI – Bersempena Bulan Ramadhan yang penuh barakah, Pekawanis, Pejabat ADUN Bangi, Dewan Muslimat PAS Serdang (DMPS) dan Mpp MPKJ Zon 11 mengembeleng tenaga membantu rakyat sekitar Parlimen Serdang dengan menganjurkan program Jalinan Kasih Ramadhan di Mydin Semenyih pagi tadi.

Program yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan ibu tunggal ini adalah inisiatif yang diambil bagi menceriakan hampir 60 orang penerima sumbangan menyambut bulan puasa tahun ini.

Sehubungan daripada itu, penerima sumbangan berkenaan merakamkan ucapan terima kasih dan melahirkan rasa syukur atas sumbangan baucer dari ADUN BANGI.

Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.

Ustazah Che Maryam Ahmad, yang merupakan isteri ADUN Bangi telah hadir merasmikan program berkenaan.

Beliau telah mengingatkan para hadirin agar memperbanyakkan amalan baik dalam bulan yang mulia ini.

“Dalam bulan Ramadhan ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah dengan banyakkan berdoa dan bersedekah. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah tetapi bersedekahlah untuk menjadi kaya.”

Turut hadir dalam program Jalinan Kasih Ramadhan ini adalah Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 22 Puan Hamsatul Hamzah merangkap Ketua DMPS.

 

Advertisements