Oleh : Muhammad Faiz Mukmin 

Bangi, 27 Mei 2017 – Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (LEPU) Pemuda PAS Kawasan Serdang melalui Bangi Bandar Ilmu telah mengambil langkah pro aktif dalam melahirkan usahawan berjaya dengan menganjurkan Seminar Business Model Canvas di Bandar Baru Bangi hari ini.

Seminar ini bertujuan bagi memudahkan para usahawan baru membuat pelan strategik perniagaan bagi membina perniagaan baru mereka mahupun yang sedia ada dengan lebih berkesan.

Seminar kali ini telah dirasmikan oleh Saudara Ustaz Rosli Jusoh, Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang merangkap Pengerusi Bangi Bandar Ilmu (BBI) petang tadi.


Menurut Ketua Lajnah LEPU Serdang, saudara Megat Naif Suhail, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan semua 15 peserta terdiri dari golongan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang telah memberi respon yang amat positif.
Menurutnya lagi, seminar ini adalah satu platform untuk memperkenalkan Bangi Bandar Ilmu sebagai sebuah NGO yang berperanan bukan sahaja untuk membangunkan ilmu dan pengetahuan masyarakat Bangi malah membantu juga dalam meningkatkan ekonomi penduduk Bandar Baru Bangi.

Advertisements