Oleh : Muhammad Faiz Mukmin

Bangi, 26 Mei 2017 – Program “Berilah Makan” dan bantuan kewangan yang dikendalikan oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang kali ni menyampaikan batuan sumbangan mereka kepada pelajar-pelajar bakal pendakwah Islam seluruh negara di Pusat Dakwah Serantau (PDS), Sg Merab.

Kehadiran anggota Jabatan AMAL Serdang yang diketuai oleh Ustaz Mohd Idris Mohd Yusoff dan Tuan Hj Hamzah Bin Osman AJK PAS Kawasan Serdang disambut dan diterima baik oleh Mudir PDS sendiri, Ustaz Hj Misbah Munir Masduki.

Sumbangan beras, makanan dan kewangan yang diagihkan kali ini diterima dari penyumbang sekitar Bangi khususnya ahli qariah Masjid Al Hasanah, Surau al Nur Bangi dan PASTI Seksyen 2 Bandar Baru Bangi.

Hj Hamzah mewakili PAS Kawasan Serdang merakamkan sekalung penghargaan kepada anggota Amal atas usaha yang tidak kenal penat lelah dan turun bersama-sama menyumbang kepada masyarakat.

Bagi pihak PDS, Ustaz Hj Misbah juga turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang serta para penyumbang dan mendoakan semoga semua penyumbang diberi kabaikan di dunia dan akhirat atas sumbangan yang diberi.

 

Advertisements