Cukup pilu mendapat berita pemergian tokoh pemikir PAS yang amat kami kasihi dan kagum, Allahyarham Prof Dr Khazani Abdullah sebentar tadi. Tokoh pemikir PAS yang tiada tolok bandingnya dalam menggaris strategi perjuangan yang seringkali ‘out of the box’.
Jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Institut Strategi PAS sangat bermakna untuk PAS.

Pengasas kepada Sigtech Sdn Bhd, sebuah syarikat IT yang melahirkan ramai engineers yang hebat khususnya dalam bidang fiber optik. Juga pengasas kepada sekolah berorientasikan kesyumulan Islam, SRITI dan SMITI yang bakal melahirkan mujahid Islam di masa hadapan. Moga segala khidmat bakti beliau untuk Islam menjadi pahala berpanjangan buat beliau.

Saya menyeru kepada semua khususnya ahli-ahli PAS untuk sama-sama Solat Jenazah bagi mendoakan yang terbaik untuk beliau. YaAllah, kami menjadi saksi kesungguhan dan keikhlasan beliau berjuang untuk menegakkan agamaMu sehingga akhir hayat beliau.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا ينَقَّ الثوب اْلأَبْيَض مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبر.

Rosli Jusoh
KP Serdang
20 Mei 2017

Advertisements