Oleh : Muhammad Faiz Mukmin
Bangi, 14 May 2017- ‘A Day For Charity’ adalah program berkala yang dijalankan oleh Jabatan Amal Serdang. Dalam program ini, Jabatan Amal Serdang mengagihkan beras dan barang makanan kepada golongan asnaf, kurang upaya dan yang layak menerimanya.

Program ini juga mendapat kerjasama dari pihak JKKK Kampung Sungai Tangkas dan Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Suakasih Balakong sebagai tuan rumah yang juga menyediakan penama rumah yang layak di kawasan masing-masing.

Program bermula jam 9 pagi berkumpul dan berkonvoi dari Masjid Hasanah ke Dewan Orang Ramai Kg Sg Tangkas. Konvoi turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang, Ustaz Rosli Jusoh.

Sebanyak 17 buah rumah di Kampung Sg Tangkas berjaya di ziarahi disertai JKKK Kampung diketuai Ketua Kampung, Hj Zamshi. Setiap rumah mendapat pek barangan asas mengandungi 2 kampit beras, 2 kilo gula, sebotol minyak masak, 2 tin sardin, 2 tin susu pekat, teh, kopi, gandum, kicap, dan 2 paket mee hoon.

Konvoi kemudian bergerak ke Pangsapuri Sua Kasih, Balakong untuk menyampaikan sumbangan kepada 21 keluarga di sana yang turut disertai Jawatankuasa Penduduk dan Surau Al Fathonah.

Semua penerima menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Masjid Hasanah, Jabatan Amal kawasan Serdang mewakili PAS Kawasan Serdang dan YB Adun Bangi. Sedikit bantuan yang diberikan ini diharap dapat meringankan beban mereka untuk menyambut Ramadhan dan yang teristimewa sempena hari Ibu, 2017.

Advertisements