Alhamdulillah sahabat AMAL si semut merah dari Negeri Selangor sudah berkampung semuanya di Kota Sarang Semut. Bergabung tenaga memikul tugas bersama dengan semut-semut merah yang lain yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Sifat semut ini mereka peduli dan peka terhadap sahabat di kalangan mereka sehingga tidak hairan jika mereka selalu dilihat bersama-sama. Mereka sangat menghargai sesama mereka sehingga jika setiap kali bertemu, mereka selalu bertegur sapa satu sama lain.

Semut sememangnya senantiasa bersikap positif dan antusias dalam melakukan tindakan tertentu malah semut dewasa ini sangat berani, ini menunjukkan pimpinan AMAL mesti tegas dan berani kedepan bercakap soal hak mereka, walaupun begitu mereka senang menerima teguran selagi mana ia bertepatan.

Dalam melakukan pekerjaan mereka bagi mencapai apa sahaja tujuan, sifat semut ini memiliki inisiatif yang cukup tinggi. Ini kerana mereka sangat komited dengan tugasan yang diberikan dan keikhlasan itu mebina kemahiran tersebut.

Sifat produktif tidak pernah lari dari diri mereka, tak kisah produktif dalam urusan keluarga mahupun kerjaya. Paling diterujai adalah mereka selalu bekerjasama dalam menjayakan sesuatu samada khidmat masyarakat mahupun program mereka sendiri.

Inilah dia wajah semut merah kesayangan hambo…

Catatan :
Shehdi Hazrik
Kota Sarang Semut
29-4-2017

Advertisements