Mutaakhir ini ramai golongan politik mempergunakan hujah maqasid syariah untuk meminggirkan Islam secara halus.

Hujah yang diberi dikutip pula oleh pelampau media sehingga berlaku keciritan maklumat yang menyongsang daripada hujah nas Alquran dan sunnah. Namun bersama bahtera Islam, insyaallah politik yang dibawa mampu mensejahterakan ummah.

“Disinilah hikmahnya Islam menjadikan urusan negara adalah amanah yang terbesar dalam melaksanakan petunjuk dan perintah Allah, bukan pada nama dan slogan….”(petikan ucapan dasar TGHH).

An-Nisā’:58 – Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

An-Nisā’:59 – Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Abu Fawwaz
29 April, 21:13

Advertisements