Tn. Guru Hj. Hashim Jasin
Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Mukaddimah

Tn. Guru Hj. Hashim Jasin mengikuti perkembangan usaha Allahyarham Ustaz Azizan untuk membina Dewan Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor dari awal sehinga hari ini menjadi tempat Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Kesungguhan Allahyarham untuk PAS Kedah mempunyai bangunan dan pusat perkembangan agama telah dapat dinikmati pada hari ini.

Intipati

1. Hadis dari Abu Huzaifah,

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa sistem pemerintahan akan berputar seperti berikut:

a) Zaman Pemerintahan Islam berdasarkan kepimpinan Rasul. Nabi sebagai ketua negara Islam. Kepimpinan itu, adalah hak Allah menentukan tempoh lama masanya.

b) Selepas Nabi wafat, pemerintahan berubah kepada Zaman Pemerintahan Islam Khulafa’ Ar-Rasyidin yang berlaku selama 30 tahun.

c) Selepas Allah mengangkat kemuliaan Zaman Pemerintahan Islam Khulafa’ Ar-Rasyidin, akan diganti Zaman Pemerintahan Sistem Beraja. Tahta kekuasaan akan diperturunkan kepada warisan.

d) Selepas berakhir Zaman Pemerintahan Sistem Beraja, Allah akan gantikan zaman pemerintahan dalam bentuk kezaliman, paksaan dan tekanan kepada rakyat.

e) Akhirnya, zaman pemerintahan di dunia akhir zaman akan kembali semula kepada pemerintahan secara Manhaj Nubuwwah iaitu Khulafa’ Ar-Rasyidin.

2. Muslimat mempunyai peranan yg perlu disumbangkan kepada masyarakat dalam menghadapi zaman yang disediakan oleh Allah ketika ini.

3. Sumbangan Muslimat adalah sangat besar dan telah dinyatakan oleh Ketua DMPM dalam ucaptema.

4. PAS berusaha mendaulatkan Islam di dalam negara tetapi menghadapi tentangan yang hebat dari segenap sudut. Contohnya RUU 355 ditentang oleh orang bukan Islam.

5. Orang bukan Islam takut apabila nama Islam disebut dan perlaksanaan hukum Islam dilaksanakan kerana:
a) Orang Islam mempunyai akidah jihad dan tarbiyah. 
b) Orang Islam bebas dari pengaruh dunia dan kebendaan. Orang Islam melakukan sesuatu bukan untuk kepentingan diri dan jawatan. Memahami konsep pemimpim satu kaum adalah khadam kpd kaum tersebut.
c) Ajaran Islam membebaskan kita dari perasaan takut mati dan takut terputus rezeki. Rezeki hak Allah, bukan dari makhluk. 
d) Kekuatan prinsip kepimpinan iaitu Islam memimpin bukan di pimpin.
e) Tahaluf yg lalu banyak memberi pengajaran kepada PAS dan hari ini PAS perlu mempertahankan prinsip untuk memimpin.
f) Tidak lari dari perjuangan. Orang Islam yang lari dari perjuangan adalah dosa di sisi agama Islam.
g) Thiqah dan harapan beragama. Tidak boleh merasa hina dan dukacita dalam perjuangan kerana kita adalah golongan teratas di sisi Allah selagi kita mendaulatkan Islam melebihi segalanya.
h) Keingingan tinggi untuk mati syahid. Semangat ini sangat digeruni oleh orang bukan Islam. Takut hanya kepada Allah bukan kepada musuh. Bersedia dan mengharap untuk berhadapan dengan perang bukan mengelak dan menyembunyikan diri.
i) Muslimat sebagai ibu rela dan bersedia untuk anak-anak menjadi tentera Islam walaupun sehingga mati syahid.
j) Islam akan terus melahirkan pemimpin yang tidak akan terus di tipu.

6. PAS berani melaksanakan agenda parti iaitu Mesyuarat Agung dan Muktamar (Pemilihan) pada tahun ini sedangkan parti-parti lain merasa takut untuk mengadakan konvensyen atau persidangan kerana risau akan turun-naik kuasa pimpinan.

7. Tanda kemenangan Islam dilihat apabila Dewan-dewan dan PAS Pusat bermuktamar tanpa ada pemilihan pada peringkat pucuk pimpinan pada ketika ini.

Penutup

Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan kita dalam perjuangan.

Bersedialah memaafkan sahabat-sahabat lama jika mereka ingin bersama semula dalam perjuangan.
Tiada lagi kebenaran melainkan kebenaran dengan ketentuan Allah.
Selamat bermuktamar kepada semua Perwakilan.

Muktamar dirasmikan dengan lafaz bacaan Al-Fatihah.

Seeru ‘ala barakatillah

Catatan:
Ketua Penerangan DMPNS.
Pn. Nor Zarina Bt. Mohd Azhar.

Advertisements