1. Tahniah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor atas kesungguhan yg ditunjukkan.

2. Allah Berfirman : Berangkatlah ke medan perang semasa senang atau sukar. Waktu senang, tiada kekangan keluarga dan urusan lain. Waktu sukar, jika ada kekangan dan tugasan lain.

3. Berjuanglah dengan harta benda. Seseorang yg mahu berjuang perlu berjuang dgn hartanya terlebih dahulu, barulah dia dapat mengorbankan dirinya utk kerja-kerja Islam.

4. Generasi awal ditarbiah oleh Nabi s.a.w. dan mereka adalah contoh terbaik. Kita perlu menjadikan kisah mereka sebagai panduan dalam perjuangan.

Sahabat Nabi s.a.w bertanya siapakah yg paling banyak diuji? Baginda menjawab; Para Nabi dan sebandingnya.

5. Saidina Ali pernah ditanya, kenapa zamannya berlaku kekacauan yg tidak ada pada zaman sebelumnya? Beliau menjawab: Kerana zaman sebelum ini saya adalah pengikut tetapi zaman sekarang kamu org yg menjadi pengikut.

6. Semasa perang Hunain, banyak harta rampasan perang diperoleh. Nabi s.a.w beri harta rampasan kpd orang Mekah sahaja.

Sebahagian sahabat, ahli bait dan penduduk Madinah tidak mendapat apa-apa.

Seorang Ansar membantah pembahagian dan mengatakan ia tidak adil. Diberitahu kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi s.a.w. marah, siapakah yg lebih adil pembahagiannya berbanding Allah dan Rasul-Nya?

Nabi s.a.w akhirnya mengumpulkan sahabat-sahabat. Baginda menerangkan bahawa org2 Mekah akan pulang ke Mekah bersama barang rampasan, tetapi kamu semua bersamaku di Madinah. Adakah harta rampasan oerang itu jauh lebih besar dari nikmat kerberadaanku bersama-sama kamu semua di Madinah? Para sahabat menangis.

7. Kita perlu merasai nikmat berada dalam perjuangan agama Islam.

8. Ada ahli PAS yg tidak hirau jawatan dan pangkat, tetapi kekal istiqamah dlm perjuangan.

9. PRU14 adalah suatu perkara yg sukar dijangka. Keputusan telah Allah tentukan, namun Allah menerangkan bahawa sesuatu kaum itu tidak mampu mengubah nasib kaum itu melainkan setelah kaum itu melakukan perubahan. Manusia dibenarkan berikhtiar dan berusaha. Maka mengatur strategi adalah sesuatu yg penting.

10. PAS mengambil pengajaran dari pengalaman yg dialami oleh jemaah Islam di negara lain. Ada kebangkitan (Arab Spring) yg berlaku dari kalangan rakyat di negara Arab hingga menyebabkan jatuhnya pemerintah. Namun, keadaan mereka menjadi lebih teruk selepas itu. Presiden PAS mengingatkan bahawa, perkara yg penting selain dari perubahan ialah MENGURUSKAN PERUBAHAN.

11. Imam Syafie berselisih pendapat dgn anak muridnya Yunus. Yunus bertindak keluar dari majlis. Imam Syafie datang ke rumah Yunus pada waktu malam. Imam Syafie ketuk pintu, Yunus bertanya, siapa? Imam Syafie menjawab, Muhammad bin Idris.

Imam Syafie berkata, wahai yunus, kita bersetuju dalam 100 masalah, tetapi berselisih dlm satu perkara. Jangan dengan sebab itu menyebabkan kita berpisah. Jangan mahu menang dlm satu-satu perbezaan pendapat… (banyak point lain)

12. Tugas kita ialah menghilangkan penyakit, bukannya menghapuskan pesakit.

13. Jangan masuk ke dalam gelombang fitnah semasa ia bergelora. Jangan selesaikan ia semasa ia baru muncul. Tetapi tunggulah masa yg sesuai, barulah fitnah boleh dihadapi dgn baik.

14. Ramai pihak menganggap idea 1 lawan 1 adalah terbaik dlm PRU. Namun PAS tegas bahawa tiada tahaluf dengan pakatan harapan/DAP.

15. PAS kuat. Dibimbangi ada ahli yang tak sedar bahawa PAS adalah parti yg kuat.

16. Cat Steven/Yusuf Islam berkata, Islam adalah sistem yg terbaik tetapi orang-orang Islam ada yg tak sedar nilainya.

17. Jentera PAS diminta bersiap sedia utk menghadapi pilihanraya. PAS perlu zahirkan kekuatan jentera parti.

18. Sebarang isu dan perkara yg diketengahkan akan diputuskan oleh syura. Ada sesuatu yg majlis syura nampak, tetapi ahli tak nampak.

19. Dlm perjanjian Hudaibiyah, Saidina Umar tak setuju dgn perjanjian yg berat sebelah. Namun, bila ditanya kpd Nabi s.a.w, baginda menjawab ia perintah Allah. Ada sesuatu yg tidak diketahui oleh Sayyidina Umar tetapi diketahui oleh
Nabi s.a.w.

20. PAS Selangor berjaya menjadi pemimpin yg baik di Selangor dan diperakui oleh semua pihak.

*Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden Pas*

Catatan :
Mohd Shafii Tahir
Ijtimak PAS Selangor
24 April 2017
Kuala Kubu Bharu

Advertisements