Maksud firman Allah:

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

1. Syukur kerana Allah beri kita nikmat Islam, nikmat duduk dalam jemaah Islam; nikmat menjadi penggerak jemaah Islam.

2. Penyertaan kita ke dalam PAS bukan kerana individu. Kita sertai PAS kerana dasar perjuangannya iaitu ISLAM.

3. Zaman Tunku Abdul Rahman, kerajaannya bersih dari rasuah, namun PAS tetap menentang UMNO kerana dasarnya.

4. UMNO zaman pimpinan anwar ibrahim, ada NGO (ABIM, IRC dll) yg minta agar PAS bersama dgn umno, tapi PAS menolak kerana masalah dasar

5. Ahli PAS perlu menambah kekuatan yg ada.

6. Perjuangan PAS sentiasa malar hijau (evergreen), walaupun ada yg belum terima suatu ketika dahulu. Kini PAS semakin diterima.

7. Ramai ahli PAS lahir daripada sebuah keluarga yg menyokong UMNO.

8. Kekuatan PAS adalah kerana dasar yg kemas; bukan semata-mata kekuatan jentera, fizikal, kewangan dan lain-lain.

9. PRU14 sangat getir kerana PAS berhadapan dengan UMNO dan Pakatan Harapan. Belum pernah berlaku dalam sejarah pembangkang menentang pembangkang.

10. Jentera pilihanraya PAS hendaklah diperkasakan dan beri tumpuan untuk kerja pilihanraya.

11. Jentera muslimat perlu memanfaatkan penggunaan internet dan media sosial kerana dapatan kajian menyatakan ramai pengguna media sosial adalah golongan wanita. Namun, perlu dipastikan bahawa informasi yg disebarkan adalah benar.

12. Ukhuwwah di kalangan jentera parti hendaklah diperkukuhkan. Wang ringgit bukanlah pengikat hati para ahli PAS.

13. Program munajat dan doa perlu diadakan.

14. Kekuatan kewangan juga penting kerana banyak perkara yg perlu kepada sumber kewangan.

15. Strategi Politik Matang dan Sejahtera perlu diteruskan. Politik matang bukan bererti PAS masuk UMNO, tapi mendekati ahli UMNO menerusi penerangan dengan mengekalkan prinsip dan dasar Islam. Strategi ini telah lama diamalkan tetapi kini diperkemas dan diperbaiki.

16. Gunakan budi bahasa dan perkhidmatan yang dimiliki jentera PAS utk menyantuni rakyat.

17. Majlis Syura adalah pemutus dan pembuat dasar. Sesuatu usul akan melalui Majlis Syura sebelum diputuskan utk dibawa ke dalam Muktamar PAS. Majlis Syura akan memastikan sesuatu usul itu tidak bertentangan dengan dasar parti. Jentera tidak perlu berbincang tentang dasar yg telah digubal oleh Majlis Syura, sebaliknya, jentera hendaklah bekerja utk memperkukuh penerimaan rakyat terhadap parti.

18. Wang 90 juta yg didakwa diberi kepada PAS.

– *Sarawak Report kata PAS dpt 90 juta.* Bila PAS jawab, mereka ubah kpd ia adalah kecurigaan yg meluas sahaja. PAS telah membuat persiapan utk saman.
– *husam musa kata PAS dpt 90 juta melalui akaun affin bank.* Pegawai bank menerangkan satu transaksi bank hanya boleh menerima maksima 5 juta sahaja. Jika lebih, ia perlu melalui bank negara. Dakwaan husam tiada asas.
-rafizi kata PAS dpt duit 1mdb. Kemudian dia dakwa org yg dekat dgn PAS yg dapat. Ketika pengumuman dibuat, dia kata ust nasarudin mat isa yg dapat, sedangkan ust nasa tiada apa2 hubungan dgn kewangan parti, bahkan beliau bukan lg pimpinan parti dan tiada apa2 kepentingan dalam parti. Lebih pelik, dikatakan wang itu diberi kepada org lain, tetapi rafizi minta Presiden PAS yg jawab, kemudian ditangkap org lain pula..
19. Budaya memfitnah PAS bukan perkara baru. Tan Sri Khalid Ibrahim (mantan MB Selangor) pernah difitnah hingga melepaskan jawatan MB, tetapi kerana jiwa besar beliau, beliau memaafkan tukang fitnah.
20. Seluruh jentera PAS diseru utk meneruskan gerak kerja pilihanraya.
YB Ust. Idris Ahmad

Advertisements