Oleh : Shehdi Hazrik

Bandar Bukit Mahkota, 23 April 2013 – Temasya sukan tahunan Pasti Ar Raihan pagi tadi berlangsung meriah bertemakan Laksamana 5 bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.


Majlis dirasmikan oleh YB Ustaz Shafie Ngah ADUN Bangi, diiringi Ketua Cawangan PAS Bukit Mahkota, Sdr Zulkifli Ambak dan Pengurus Pasti Ar Raihan, Sdr Khairul Jihadi Mohd Yusof. Dalam ucapan perasmian beliau menyebut bahawa tahun ini PASTI Kawasan Serdang telah menerima Anugerah pelajar paling ramai di dunia, dan pasti Ar Raihan adalah sebahagiannya.

Ibu bapa terhibur dengan gimik pembukaan temasya tahunan kali ini dengan gerak tari seni bunga silat melayu yang dipersembahkan oleh ketua setiap kumpulan yang mewakili rumah masing-masing.

Bertemakan 5 pahlawan laksamana sejarah Melayu ini, setiap kumpulan rumah mempamerkan kostum ala pahlawan Melaka segak berpakaian Melayu dengan replika senjata yang sangat menarik seperti pedang, kapak dan keris.

“Ini bagi memberi pendedahan anak-anak kita bagi menghayati sejarah dan warisan Melayu Islam supaya ia terus terbela”, menurut Khairul Jihadi. Tambah beliau anak-anak ini sangat bersemangat bila bersukan dengan pengunaan nama pahlawan-pahlawan ini sekaligus membina kecintaan mereka terhadap warisan budaya bangsa.

Acara selingan ibu bapa dan guru juga bertema tradisional dengan permainan guli, menampi kacang tanah dan menganyam tikar. Kelihatan ibu bapa dan guru memberi kerjasama yang sangat baik.

Gambar oleh : Mohd Suhalil (bapa pelajar)

 

Advertisements