Oleh : Nooraziezan

BANGI – Sempena Program Semarak Hijau PAS 4.0, satu bengkel dan pertandingn mini memanah telah diadakan di Padang Awam Bangi Perdana, Seksyen 3 pagi tadi.
Aktiviti yang bermula jam 9 pagi ini merupakan anjuran Kelab Memanah Surada dengan kerjasama PAS Kawasan Serdang.

Menurut pemenang kategori kumpulan lelaki, adik Muhammad Imad Ilman bin Abd Raof, aktiviti memanah dapat mengisi masa beliau dengan perkara berfaedah.
“Saya suka memanah. Saya harap aktiviti ini dapat selalu diadakan. Jadi, saya dapat isi masa terluang dengan aktiviti berfaedah ditambah pula sukan memanah ini juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W”.

Manakala, juara kategori kumpulan perempuan adik Nurul Iman Fasha bt Zainudin pula menunjukkan rasa gembira apabila dapat menambah kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan pelajar lain.

“Saya rasa sangat gembira sebab dapat ramai kawan apabila datang ke pertandingan memanah ini”, ujarnya sambil tersenyum syukur atas kemenangan yang diperoleh.

Kedua-dua kumpulan pemenang merupakan pelajar dari sekolah yang sama iaitu dari Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuan (SRITI) di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

 

Advertisements