Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Bangi, 20 April 2017 – Malam Sabtu anak muda di Uptown Jalan Reko agak berbeza dari malam-malam biasa sebelum ini kerana persembahan buskers yang lazimnya ada setiap malam, tapi malam tadi berubah sedikit dengan pengisian ilmu yang bermaklumat.

Program dinamakan “Sembang Santai Al-Quds” telah menarik perhatian pengunjung malam tadi. Dengan topik “Deruan Ombak Al-Quds, Kita Membantu atau Membatu”, kali ini sembang santai menampikan panel yang tidak asing lagi dari Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi bersama Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib.

Seluruh dunia mengetahui Al-Quds dan Palestin kini menjadi tawanan dibawah penguasaan Zionis Israel dan ia peristiwa yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim. Program menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa memjadikan program Hari Al-Quds sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia.

Para mahasiswa Muslim, lazimnya menjadi pelapor dalam memperingati hari bersejarah ini maka program memperingati Hari Al Quds 2.0 kali ini telah dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (KUIS), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS).

Sembang santai malam tadi sangat menarik apabila ia diselang seli dengan persembahan nyanyian dan pantomim dari mahasiswa Gamis. “Insya Allah kita akan adakan program ini sebagai acara tahunan Dewan Pemuda” ujar Ustaz Khalil.


Advertisements