Oleh : Muhammad Faiz Mukmin

Petaling Jaya, 17 April 2017 – Semalam di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) berjaya merangkul tiga anugerah sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tahun ini.

Tiga anugerah tersebut ialah Anugerah Lajnah Kebajikan Kawasan Terbaik, Anugerah Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Teramai Negeri Selangor dan Anugerah Amal Kawasan Contoh) Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor.

Bagi kategori Anugerah PASTI Negeri Selangor, DPPKS mencatatkan penambahan pelajar PASTI teramai. Ini membuatkan pelajar PASTI di Kawasan Serdang adalah paling ramai di negeri Selangor, malah menurut Saudara Nizam PASTI Serdang mencatat pelajar teramai di dunia.

Bagi Kategori Kebajikan pula, DPPKS merangkul Anugerah Lajnah Kebajikan Kawasan Terbaik. Lajnah Kebajikan DPPKS sebelum ini diketuai oleh Saudara Safarin Baharom. Menurut Ketua Pemuda DPPKS Saudara Rosli Jusoh, Safarin pada sesi lepas sangat komited dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, dan mereka ini adalah pasukan yang tidak pernah berhenti dan tidak bermusim dalam melakukan kebajikan.

Manakala anugerah terakhir, Anugerah dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dimana DPPKS dianugerahkan sebagai Amal Kawasan Contoh dalam membina hubungan baik dengan masyarakat dan agensi2 kerajaan seperti Bomba dan Polis serta NGO aseperti MAPIM, Masjid Hasanah, Gabungan Masjid Surau Bangi serta Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Amal Kawasan dan Lajnah Kebajikan DPPKS sebelum ini diakui sangat aktif bersama dalam membina kekuatan penyumbang tenaga, kewangan, masa dan pelbagai bentuk barangan keperluan bagi membantu masyarakat di Serdang serta di dalam dan luar negeri Selangor seperti kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam program “Sekampit Beras Untuk Penoreh”.
Ketiga-tiga anugerah tersebut disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Hj Abdul Hadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia semasa majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Selangor semalam.

Saudara Rosli berharap semua anugerah yang diterima ini mampu membakar semangat ahli PAS Kawasan Serdang terutama pemuda untuk terus istiqamah menabur khidmat kepada masyarakat khususnya di Kawasan Serdang.

Advertisements