Oleh : Murtadha Ramly

BANGI, 17 April 2017 – Seramai tujuh orang ibu muda telah disantuni di dalam program “Ziarah Ibu Muda” pada hari ini di Pangsapuri Nuri Seksyen 4 Bandar Bukit Mahkota Bangi.

Program ini adalah salah satu inisiatif dari ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah bagi meraikan pengorbanan ibu-ibu muda yang baru sahaja melahirkan zuriat.
Program ziarah yang diketuai oleh Ketua Cawangan PAS Bandar Bukit Mahkota, Saudara Zulkifli Ambak mendapat perhatian penduduk kerana terharu dengan keprihatinan wakil PAS dan YB ADUN Bangi di sini.

Turut bersama, Setiausaha Persatuan Penduduk Seksyen 4, saudara Alfian Ahmad yang juga merupakan ketua blok C pangsapuri tersebut dan saudara Alis, serta wakil muslimat Surau Pangsapuri Nuri, Puan Rafeah.

Menurut Ketua Cawangan PAS Bandar Bukit Mahkota, program ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan yang dijalankan di peringkat cawangan untuk meraikan mereka dengan sedikit sumbangan bagi meringankan beban penduduk khususnya ibu-ibu muda yang sudah tentu kini bertambah perbelanjaan keluarganya.

Tambah beliau, PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota akan terus komited untuk mendekati masyarakat khususnya melalui program-program kebajikan seperti ‘Anda Di Hati Kami (ADHK)’ yang berlangsung setiap minggu.

 

Advertisements