Oleh : Nadh

BALAKONG, 16 April 2017 – “Peranan Muslimat tersangat penting dalam membantu sebar luas kandungan kepada umum di media sosial. Kerana ia hanya di hujung jari sahaja”, ulas perwakilan dari Tanjung Karang yang membahas ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor hari ini.

“PAS sangat mengharapkan fungsi media sosial seperti Facebook, Twitter, blog, WhatsApp, Telegram dan lain-lain digunakan sebaiknya oleh ahli-ahli. Muslimatlah individu paling tepat dan mudah berada di posisi ini. Sebagai pembantu parti secara maya, ketengahkan matlamat parti iaitu dakwah dan politik kepada orang awam”.

Ini bertepatan dengan kaedah dakwah dalam surah al-Alaq iaitu bacalah dengan nama TuhanMu. Baca dan sebarkan. Dan pastikan seramai mungkin sasaran kita dapat baca. Namun sebelum sebar, kena pastikan isi kandungan adalah benar, bermanfaat dan difahami dengan betul.

Dalam sesi pagi muktamar hari ini, para perwakilan dan pemerhati dihidangkan dengan ucapan perbahasan yang cukup hebat dan bernas daripada perwakilan kawasan seluruh negeri.

Manakala sesi petang, para perwakilan menghangatkan Dewan Sri Kasih, Bandar Tun Hussien Onn dengan perbahasan usul yang bernas dan pelbagai emosi.

Muktamar Dewan Muslimat Selangor ini telah dirasmikan malam tadi oleh YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS.

img_6173
Perwakilan Tanjung karang membahas ucaptama Ketua Muslimat PAS

 

 

Advertisements