Oleh : Nooraziezan

BANGI, 16 April 2017 – “Kerajaan negeri Selangor ingin menjadikan negeri ini sebagai ‘Smart State’. Maka, kami telah memperuntukkan belanjawan yang besar bagi memastikan Selangor berada dalam keadaan bersih”, ujar YB Ustaz Shafie Ngah dalam Majlis Pelancaran Sambutan 40 Tahun Bandar Baru Bangi di Tasik Cempaka pagi ini.

“Sejak tahun 2008, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), JKR dan Pejabat Daerah telah berusaha memastikan Bangi bersih dengan meningkatkan aktiviti pungutan sampah”, tambah beliau semasa merasmikan majlis yang dianjurkan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi tersebut.

ADUN Bangi turut menyatakan matlamat Bangi bersih bukan hanya tertumpu pada sifar sampah, tetapi ia turut merangkumi aspek rohani iaitu memastikan rakyat berakhlak baik dan tiada premis judi di bandar ini.


“Bangi bersih bukan hanya tertumpu pada sifar sampah dan iklan haram, tapi kita juga perlu memastikan agar Bangi menjadi sebuah bandar yang bersih dari premis tidak bermoral, aktiviti maksiat dan akhlak buruk”.
Beliau turut sama mengingatkatkan sukarelawan Bangi Bersih Berterusan dan rakyat agar kebersihan tersebut dapat dijaga dan dipertahankan untuk kelangsungan kehidupan generasi akan datang.

Sebelum majlis tersebut, sebanyak 9 buah zon telah di bahagikan kepada para sukarelawan untuk menjalankan aktiviti gotong royong sekitar Bandar Baru Bangi.
Sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk para pelajar sekolah, mahasiswa universiti, ahli akademik, guru-guru dan pensyarah, ahli industri dan penduduk setempat disamping bantuan dari Jabatan AMAL Serdang.

 

Advertisements