BANGI, 15 April 2017 – Ketua Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan menyeru seluruh rakyat terutama muslimat PAS untuk memberi penerangan berkenaan pindaan undang-undang RUU 355 yang dibentangkan oleh ahli parlimen Marang dalam sidang Parlimen lepas.

“Tugas memartabatkan undang-undang Islam adalah tanggungjawab kita. Penerangan berkenaan RUU 355 perlu di buat oleh setiap orang kerana ia berkaitan dengan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia”

Ketua Muslimat Selangor ini turut menerangkan tanggungjawab utama muslimat adalah memaksimumkan ketaatan kepada Allah.

“Salah satu ketaatan kepada Allah adalah dengan cara menggunakan masa terutama Ramadhan yang akan datang dengan pengabdian diri kepada Allah”

Selain itu, beliau mengingatkan kepentingan pembentukan rumahtangga muslim yang selari dengan keinginan Allah.

“Pembentukan masyarakat muslim bermula dari keluarga muslim. Tugas kita untuk menjadikan ahli keluarga kita taat pada Allah.

“Kesannya bukan hanya melahirkan masyarakat yang patuh pada Allah, tetapi kearah membentuk negara yang memartabatkan undang-undang Islam juga”

Ustazah Wan Hasrina telah menyampaikan kuliah Dhuha beliau untuk semua muslimat di Surau Arrahmaniah, Teras Jernang, Bangi, pagi ini.


Advertisements