Pusat Dakwah Serantau kini sedang melatih 80 orang pelajar bakal daie dari pedalaman Sabah dan Sarawak, juga Filipina dan Cambodia. Sebahagian mereka adalah muallaf. Mengenal Islam dan cara hidup bersama Islam di sini. Mereka dilatih serba boleh untuk menjadi daie yang juga agen pembangunan masyarakat.

Sungguhpun pembelajaran di sini tidak setinggi di menara gading, namun kami cuba penuhi amanah yang dipikul di pundak. Harapan masyarakat di perkampungan mereka yang menginginkan kehidupan Islami yang lebih baik.

Pasaran dakwah amat sangat mendesak. Namun, kewangan PDS akhir-akhir ini agak meruncing. Apa yang ada diuruskan sebaik mungkin bagi memberikan khidmat terbaik buat pelajar kami.

Kami amat berharap barang sedikit saham akhirat tuan/puan dilabur di sini dalam bentuk kewangan, barang keperluan dapur dan sebagainya.

Kami juga amat berbesar hati kiranya tuan/puan berhasrat untuk menjemput kami memberi CERAMAH PENERANGAN usaha dakwah ini atau mengadakan KEMPEN dan PAMERAN bagi mengumpul dana pengurusan pusat kami.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke kampus Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Kajang, Selangor atau menerusi akaun:

PUSAT DAKWAH SERANTAU-YAM
Bank Muamalat Malaysia Berhad
12100001008710

PUSAT DAKWAH SERANTAU
Bank Islam Malaysia Berhad
1305-301-0005100

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Timb. Mudir, Ust Izzuddin Ismail (011-13209297).

Moga Allah meredhai usaha kita semua dalam menyuburkan syiar Islam di dunia ini. Terima kasih di atas sumbangan anda. Ajrukum ‘alallah.


Advertisements