BANGI – Senario penerimaan kaum India terhadap Parti Islam SeMalaysia (PAS) terutama di kawasan Serdang amat menarik untuk diamati.

Penerimaan yang semakin baik boleh dilihat semasa program ziarah kaum India sempena Tahun Baru Tamil yang dianjurkan Lajnah Perpaduan Nasional dibawah seliaan En Abu Bakar Alias di beberapa tempat dalam Parlimen Serdang.

Pelbagai reaksi positif telah ditunjukkan masyarakat India ketika menerima kunjungan Yang DiPertua PAS Serdang, YB Ustaz Shafie Ngah yang juga merupakan ADUN Bangi.

Antaranya, semasa sesi ziarah berkenaan, seorang pemuda India telah menunjukkan rasa hormat dengan mencium tangan YB sebelum menerima cenderamata.

Dalam situasi lain, terdapat juga sorang lelaki India memohon maaf kepda YB kerana berseluar pendek semasa menerima cenderamata berkenan.

Reaksi dan sambutan baik ini menunjukkn PAS semakin diterima dan dihormati oleh masyarakat India.

Seramai lebih kurang 1000 kaum India di kawasan serdang telah menerima kunjungan PAS dan mereka menunjukkan rasa terharu dan gembira atas keprihatinan Parti Islam untuk menyantuni mereka.

Aktiviti ziarah yang dirancang bermula awal April ini telah mensasarkan beberapa tempat dalam Parlimen Serdang dan dijangka berakhir di Council Home, seksyen 16 Bangi petang ini.

Advertisements