Oleh : Nooraziezan

BALAKONG – Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah membayangkan pada pilihanraya umum akan datang, PAS berhasrat untuk meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Serdang, DUN Balakong dan DUN Bangi.

Walaupun jumlah pengundi melayu di Parlimen Serdang dan DUN Balakong tidak didominasi kaum melayu, beliau tetap optimis dapat menangi dua kerusi berkenaan dengan pertolongan Allah.

“Walaupun jumlah pengundi Melayu sedikit di Parlimen Serdang dan DUN Balakong, tapi kita yakin Allah boleh memberi kemenangan jika Dia mahu”

Bercakap dalam Majlis Ramah Mesra Muslimat Serdang, Puan Hamsatul mengajak semua jentera HalWA menyumbang mengikut keupayaan dan memainkan peranan masing-masing bagi memperoleh kemenangan yang dicita-citakan.

“Marilah bersama-sama kita membantu gerak kerja pilihanraya. Buat dengan bersungguh-sungguh, jangan malas atau jemu”.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kemenangan tidak akan datang bergolek dengan senang tanpa strategi yang mantap, usaha berterusan dan ketetapan hati yang jitu untuk memastikan kemenangan pada Parti Islam.

Program hari ini telah dirasmikan oleh Puan Salamiah Mohd Nor, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia di Taman Sutera Kajang.


Advertisements