BALAKONG – Puan Salamiah Mohd Nor, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru kepada semua HalWA dan jentera pilihanraya DUN Bangi untuk meluangkan masa paling kurang 2 jam sehari untuk jemaah Islam.
Bercakap dalam program Majlis Ramah Mesra Muslimat Serdang di Pasti DSutera Taman Sutera, beliau berkongsi beberapa strategi yang boleh diaplikasi oleh muslimat untuk memenangi rakyat terutama golongan wanita sekiranya ingin menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau turut menyatakan beberapa cabaran yang akan dihadapi jentera wanita muda sekiranya ingin membantu dalam gerak kerja jemaah.

“Wanita mempunyai banyak cabaran. Kita mempunyai kekangan masa kerana kita galas pelbagai tanggungjawab. Tetapi ia dapat diatasi kalau kita rajin”.

“Kita perlu rajin bekerja untuk jemaah kerana bukan semua diberi peluang untuk menyumbang”.

Naib ketua DMPM juga mengharapkan agar jentera halwa memaksimumkan kekuatan ruhiyyah kerana kesan tarbiyyah yang mantap akan melahirkan jentera yang mampu melaksanakan tugas dakwah dan siasah dengan lebih baik.

Advertisements