Oleh : Zulhimi Attakiri

Apabila speaker menangguhkan persidangan, terus dewan menjadi gegak gempita dengan tempikan dan sumpah seranah khususnya daripada Pakatan Harapan. Dewan rakyat menjadi tempat perbalahan kebudak-budakan sehingga dilihat hilangnya nilai adab yang menjadi budaya kepada orang Islam melayu. Dewan rakyat merupakan tempat perbahasan untuk memberi pelbagai pandangan dan saranan demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Namun yang begitu mengecewakan lagak ahli Dewan rakyat yang sentiasa menyampuk, bertempik tidak keruan dan mengeluarkan kata-kata sehingga menggangu perjalanan mesyuarat memberi satu contoh yang buruk kepada budaya masyarakat kita.

Ketika RUU355 hendak dibentangkan, pelbagai gangguan yang cuba dibuat untuk menggagalkan perbentangan tersebut dengan alasan yang berpusing-pusing ditempat yang sama. Ini menidakkan semangat demokrasi berparlimen. PAS bertindak mengikut lunas demokrasi apabila membawa perkara ini dalam Dewan Rakyat untuk diperbahaskan dan disokong. Jika tiada sokongan, RUU355 ini akan ditolak.

Jika Pakatan Harapan yakin bahawa RUU 355 akan kalah, kenapa perlu takut dan gelabah?

Selepas perbentangan dan hujahan sokongan daripada PAS, Speaker bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menangguhkan persidangan ke masa akan datang mengikut prosedur tanpa jalan belakang. Jadi apa masalahnya?

Tunggu persidangan akan datang dan bahaskan sahaja. Sebagaimana PAS bersabar hampir 50 tahun untuk memartabatkan undang-undang Islam, kenapa Pakatan Harapan tidak dapat bersabar hanya beberapa bulan?

Yang mengejutkan apabila Rafizi menyerlahkan niat sebenar untuk mengeluarkan tuduhan baru terhadap PAS isu wang 1MDB dalam perbahasan untuk menolak RUU355.

Ini dibuktikan dalam sidang media yang menyebut jika diberi peluang, beliau akan mengeluarkan tuduhan ini. Wah, ini taktik yang licik. Strateginya mudah iaitu menyatakan bahawa PAS sudah termakan dengan dedak UMNO dalam RUU355 ini dan semestinya media akan menyiarkan berita sensasi ini tanpa menghiraukan kejayaan PAS dalam membentangkan RUU355.

Namun perancangan ini digagalkan oleh speaker dewan yang bertindak menangguhkan persidangan. Ini satu perkara diluar jangka yang menyebabkan mereka mengamuk tidak ketahuan.

Sudahlah dengan politik persepsi yang menghalalkan fitnah ini. Ingatlah, kita berpolitik ini ada dosa dan pahalanya. Jangan kerana gilakan kuasa, semua hukum agama dilanggar, halal dan haram buang ketepi. Ini semua boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Mujur speaker tangguh perbahasan.
Teruskan perjuangan

#bekerjauntukIslam

Advertisements