Oleh : Md Shehdi Hazrik Shamsudin

Bangi, 4 April 2017 – Bangi Bandar Ilmu terus meriah dan imarah dengan majlis ilmu melalui penganjuran program Hari Memperingati Al Quds yang akan diadakan di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi, Ustaz Idris Yusof mewakili Jawatankuasa Masjid ketika ditemui memaklumkan program tersebut akan diadakan pada 22hb April 2017 nanti.

Pengerusi Bangi Bandar Ilmu, Sdr Rosli Jusoh ketika dimaklumkan mengenai persetujuan tersebut sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian pihak penganjur program untuk mengadakan program bersejarah ini di Bandar Baru Bangi yang dikenali sebagai Bandar Ilmu.

Penganjur adalah dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama Lajnah Al Quds, Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia (KUIS) dan penganjuran ini telah mendapat kerjasama yang baik dari jawatankuasa Masjid Al Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

Menurut wakil GAMIS program kali ini juga akan melibatkan beberapa NGO yang lain dan program ini dibuat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang makna sebenar Al-Quds serta perjuangannya.

Sehubungan itu beliau berharap seluruh penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi diminta untuk mengosongkan tarikh 22 haribulan April 2017 ini bagi sama-sama kita mengetahui apa itu “Hari Al Quds”.

“Melangkah Bersama Islam”

Advertisements