Oleh : Muhammad Faiz Mukmin Abd Mutalib

SUNGAI TANGKAS – Jabatan Amal Serdang di bawah Komandan baru Tuan Shahzanda Mohammad Nasir telah memulakan sesi baru ini dengan gerakan menyantuni ketua-ketua kampung di dalam kawasan Serdang selaras Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Kehadiran wakil Jabatan Amal Kawasan Serdang sangat dialu-alukan oleh Ketua Kampung, iaitu Tuan Hj Zamshi Mohamed dan ahli Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tangkas kerana nama Jabatan Amal Sudah tidak asing lagi di Kampung tersebut.

Di kesempatan pertemuan tersebut, pihak JKKK telah melahirkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada Jabatan Amal kerana membantu orang kampung dalam operasi banjir tahun lepas dan dua tahun lepas.

Menurut Hj Zamshi beliau sudah lama hendak berjumpa ketua Unit Amal ni kerana tidak berkesempatan mengucapkan terima kasih atas khidmat bantuan sukarela yang diberikan sebelum ini kepada penduduk kampung. Ini kerana menurut Komandan Amal, Unit Amal ini diajar untuk datang tanpa dicanang kemudian selesai membantu kami terus balik dalam keadaan senyap tanpa meminta apa-apa balasan.

Atas tanda terima kasih, pihak JKKK telah menjemput Jabatan Amal Serdang turut sama dalam program kampung mereka akan datang iaitu program ziarah YB ke rumah-rumah orang kampung pada 9hb April nanti.

Pihak JAM Serdang amat berbesar hati menerima tawaran dan pelawaan JKKK Sg Tangkas dan berharap hubungan ini kekal sebagai silaturrahim di antara dua pihak. Hj Zamshi dan JKKK seterusnya bersetuju memberi 3 atau 4 tempat untuk anggota Jabatan Amal menyertai mana-mana kursus yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri.

Menurut Sdr. Shehdi Hazrik Shamsudin Timbalan Pengarah 3 JAM Negeri Selangor, gerak kerja menyantuni ketua-ketua kampung di seluruh negeri Selangor adalah salah satu inisiatif JAM bagi mendekatkan Amal dan Pemuda PAS pada masyarakat. Menurut beliau lagi semua 22 Komandan Amal Kawasan sudah menerima arahan tersebut dan mereka mula membuat perjumpaan dgn JKKK secara berperingkat. Diharap hubungan yang dibina mampu memudahkan lagi urusan mereka di masa akan datang.

Advertisements