Lujnah Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS)
30 Mac 2017

Sebelum ini UMNO melalui Timbalan Perdana Menteri dilihat sangat teruja untuk membawa dan membentangkan RUU355 maka dicananglah seluruh Negara akan kesungguhan mereka, namun ia hanyalah “hangat-hangat tahi ayam” setelah BN melalui Perdana Menteri semalam menyatakan pendirian baru untuk tidak membawa usul tersebut di Parlimen Malaysia.

Ini membuktikan parti UMNO yang kini menerajui negara ini terpaksa tunduk kepada kemahuan parti dalam kompenan BN yang menentang RUU 355 ini. Umat Islam di Malaysia perlu sedar beginilah sikap bermuka-muka yang dijelmakan oleh golongan yang hanya “manis dibibir” dan pandai bermain kata-kata.

Tindakan “U-Turn” yang dibuat oleh UMNO tanpa penjelasan yang kukuh memperlihatkan mereka terpaksa tunduk dan akur kepada golongan liberal yang sedang memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam BN dan PH.

Mereka semakin galak dan rakus untuk menggagalkan perlaksanaan Islam di negara ini. Sekalipun mereka berbeza pada nama namun matlamat perjuangan mereka adalah sama untuk melihat agama Islam ini terus ditindas.

UMNO akan terus di dalam dilema kerana masih terdapat pemimpin dan ahli UMNO yg mahu RUU 355 dipinda dan diperkasa. Maka ia sudah pasti akan berlaku pergolakan dalaman yang sangat besar dan kemungkinan lebih ramai ahli UMNO sendiri akan mengambil langkah meninggalkan parti keramat yang kian layu ini.

Jelas UMNO gagal dalam mempertahankan hak Umat Islam di negara ini dan slogan dan laungan gempita “UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara” kini dilihat hanyalah satu retorik semata-mata.

Dengan berlakunya situasi ini, DPPKS melihat ianya jelas sikap tidak peduli yang ditujukkan oleh BN dan PH keseluruhannya terhadap Islam khususnya dalam isu ini. Sekaligus ia memberi isyarat yang jelas pada rakyat khususnya umat Islam bahawa perjuangan PAS kekal releven dalam mengangkat dan memartabatkan agama Islam di negara tercinta ini.

Walau apapun terjadi DPPKS percaya, PAS bersama seluruh sahabat NGO-NGO Islam yang menyokong Pindaan RUU355 ini akan tetap istiqomah dan konsisten untuk terus mara kehadapan memperjuangkannya seperti mana firman Allah yang disebut dalam Surat Al-Anfal Ayat 15:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمُ الْأَدْبَارَ
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang mara menyerangmu, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.”

Semoga usul persendirian ini dapat diteruskan oleh Ahli Parlimen Marang, YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Mariah kita berdoa dan berserah kepada Allah agar Islam dapat diperkukuhkan.

Advertisements