Oleh : Md Shehdi Hazrik Shamsudin

BANGI, 19 Mac 2017- Program mingguan Kebajikan PAS Kawasan Serdang “Anda Di Hati Kami” (ADHK) siri khas kali ini telah menziarah beberapa pimpinan masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan di Kampung Sungai Ramal Dalam oleh Pimpinan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Serdang.

ADHK kali ini mengamit satu lagi peristiwa penting apabila satu keluarga yang dahulunya ahli UMNO kini sudah berhijrah bersama PAS dan pada waktu ziarah tersebut pihak Lajnah berbesar hati mewakili PAS Kawasan Serdang menyampaikan sijil keahlian PAS kepada mereka sekeluarga.

Kegembiraan tersebut disambung dengan pertemuan dua orang kuat UMNO dahulu dan kini sudah bersama PAS, siapa tidak kenal Tuan Hj Ahmad Misro Bin Zainal dan Tuan Mat Noor Bahari orang kuat Kampung Sg Ramal Dalam, dan kini mereka berdua sudah bersama PAS.

Menerima kunjungan dari pimpinan PAS membuatkan Hj Misro yang kini sudah menjadi orang kuat JKKK seronok berceloteh mengenai diri beliau dahulu bersama UMNO dan alhamdulillah kini sudah bersama dalam perjuangan Islam dan beliau lebih semangat dan matang dalam meneruskan tugasan beliau dalam masyarakat.

Jika sebut nama Mat Noor sahaja semua orang kampung kenal beliau yang dahulu pernah menjadi pertugas UMNO. Hampir seluruh orang kampung yang perlukan bantuan kerajaan beliau kenal baik dari ibu tunggal mahupun yang OKU. Moga dengan kelebihan ini dapat membantu PAS untuk terus mendekati masyarakat.

Turut sama aktiviti ziarah mingguan kali ini Ketua JPRU dan beberapa AJK Pusat Khidmat Masyarakat Setempat DUN Bangi Sg Ramal Dalam bersama pimpinan Muslimat PAS membawa sedikit barangan bantuan menziarahi 12 keluarga kesemuanya.

 

Advertisements