Ibrah ujian umat Islam tidak berada di dalam mana-mana pakatan dan dikepung pelbagai pakatan adalah di dalam peristiwa peperangan Ahzab. Peperangan yang terjadi pada bulan Syawal tahun kelima hijrah.

Peperangan ini juga terjadi kerana pengkhianatan dan tipu muslihat orang-orang Yahudi. Merekalah yang menggerakkan, menghasut dan menghimpunkan pelbagai golongan (ahzab) dan kabilah-kabilah menentang Islam.

Kejahatan dan pengkhianatan ini bukan sahaja dilakukan oleh orang-orang yahudi Bani Nadhir yang telah diusir dari Madinah, bahkan Bani Quraidhah yang masih terikat perjanjian bersama kaum muslimin ketika itu. Padahal tidak ada satu pun tindakan kaum muslimin yang mengundang mereka untuk melanggar perjanjian tersebut.

Di dalam peristiwa peperangan Ahzab ini kaum muslimin diuji dengan kerisauan kerana diserang oleh pelbagai pakatan sehingga merasakan sekiranya tidak berpakat dan mendapat sokongan mana-mana kelompok boleh menyebabkan kekalahan kaum muslimin.

Sehingga membawa Nabi Muhammad saw bermusyawarah dengan sebahagian sahabat untuk menawarkan perdamaian kepada kabilah Ghathafan dengan imbalan memberi satu pertiga hasil buah-buahan kota Madinah kepada mereka asalkan mereka bersedia menarik dokongan kepada kaum Quraisy dan golongan lain.

Hikmah sebenarnya ialah bahawa Nabi Muhammad saw ingin mengetahui sejauh mana para sahabatnya itu telah MEMILIKI KEKUATAN MORAL DAN SIKAP TAWAKKAL KEPADA PERTOLONGAN ALLAH swt pada saat menghadapi kepungan kaum musyrikin secara mendadak disamping melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Bani Quraidhah.

(Para ulama sirah dalam masalah ini telah menyebut bahawa Nabi Muhammad saw tidak meneruskan rancangan mengadakan perdamaian, bahkan tidak pernah memiliki keinginan untuk berdamai dengan kabilah Ghathafan).

Bagaimanakah dengan kita di saat berada di dalam situasi yang hampir serupa?!!!

Abu Fawwaz
26 Mac 2017, 08:06 am

[Gambar hiasan dari wikipedia.org]

Advertisements