Bila mana kita menceburkan diri di dalam perjuangan Islam, adalah sangat mustahak seseorang itu memahami apakah itu hakikat Islam, hakikat perjuangan dan memahami sudut gerak kerjanya.
Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam adalah perlu memahami bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap, yang merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, iaitu aqidah dan syariah, agama dan negara.

Manakala hakikat perjuangan Islam, kita perlu faham bahawa ianya merupakan suatu perjuangan yang sambung menyambung dan tali menali yang pernah di perjuangkan oleh para anbiya dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w yang disambung semula secara terus menerus oleh para sahabat, tabiin dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.

Dari sudut gerak kerja pula, proses perkembangan perjuangan Islam ia bermula dengan hanya seorang sahaja, kemudian ia berkembang daripada seorang kepada seorang yang lain sehinggalah menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para penentangnya. Dalam zaman Nabi Muhammad saw ia ada proses-proses marhalah dari sudut gerak kerja ini.

Oleh itu para pejuang PAS, perlu memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS. Iaitu untuk mendaulatkan Islam dalam bentuknya yang menyeluruh dan lengkap melengkapi. Ianya meliputi aqidah dan syariah, addin dan daulah, ibadah dan qiyyadah, akhlaq dan jihad dalam usaha untuk menjelmakan individu, keluarga dan ummah muslim yang menepati piawaian Allah swt.

Semua ahli PAS mahu menang dalam pilihanraya, inilah cita-cita kita untuk menegakkan negara Islam yang terlaksana di dalamnya hukum-hukum dan undang-undang Allah.
m
Tanpa usaha gigih kita sebenarnya kalau Allah hendak beri kemenangan…Allah sangat mampu dan berkuasa memberi kemenangan kepada PAS, tetapi telah menjadi sunnatullah perjuangan menegakkan Islam memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi… Oleh sebab itu syarat kemenangan kita perlu meraih simpati Allah dan meraih simpati manusia!!

Abu Fawwaz
21 Mac 2017 17:42

Advertisements